CARA-CARA MENDAFTAR

OBJEKTIF

Meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai hal ehwal ASEAN dalam kalangan peserta.

#KuizASEAN2022 LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Dwi Tahunan

  • Pertandingan ASEAN Kuiz adalah program dwi tahunan yang dijalankan secara berkala di bawah kalendar ASEAN-COCI atau Committee of Culture and Information, iaitu salah sebuah Badan di bawah ASEAN.
  • Peringkat Kebangsaan dianjurkan di semua negara anggota ASEAN.
01

Edisi ke-10

  • Pertandingan pada tahun ini telah memasuki edisi yang ke-10, sejak pelaksanaannya pada 2002.
02

Tahun 2002 - 2014

  • Pertandingan dijalankan secara bersemuka (offline).
  • Penyertaan dihadkan kepada murid sekolah menengah berumur 15 hingga 17 tahun sahaja.
03

Tahun 2016

  • Pertandingan secara dalam talian mula diperkenalkan.
04

Tahun 2018

  • Kategori Terbuka mula diperkenalkan, oleh itu pertandingan terbahagi kepada 2 Kategori: Terbuka (peserta berumur 18 hingga 40 tahun) dan Murid Sekolah (berumur 15 hingga 17 tahun).
05

Tahun 2020

  • Had umur bagi Kategori Terbuka dipinda daripada 40 tahun kepada 50 tahun.
06

Tahun 2022

  • Tiada had umur bagi Kategori Terbuka, oleh itu penyertaan dibuka kepada peserta berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Had umur Kategori Murid Sekolah dikekalkan 15 tahun hingga 17 tahun.
07

Pencapaian Tertinggi

  • 47,091 penyertaan (Kuiz ASEAN 2020)
08

KATEGORI PERTANDINGAN

KATEGORI 1

MURID SEKOLAH (KERAJAAN DAN SWASTA)
BERUMUR 15-17 TAHUN

KATEGORI 2

TERBUKA KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA
BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Kategori Murid Sekolah (peserta berumur antara 15 hingga 17 tahun yang sedang menuntut di sekolah menengah kerajaan dan swasta di Malaysia).
  • Kategori Terbuka (peserta berumur 18 tahun dan ke atas yang berada di dalam dan luar negara).
  • Kuiz dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.
  • Kuiz dijawab secara dalam talian (online) menggunakan desktop, laptop, telefon pintar atau gajet lain yang bersesuaian yang diuruskan sendiri oleh peserta-peserta.
  • Pendaftaran dijalankan sepenuhnya secara dalam talian (online) melalui aplikasi rasmi Kuiz ASEAN 2022: http://aseanquiz2022.com.my dan http://kuizasean.penerangan.gov.my yang akan dibuka mulai 1 Jun 2022.
  • Hanya peserta yang berdaftar dengan maklumat lengkap sahaja layak menyertai Pertandingan Kuiz ASEAN 2022.
  • Penganjur berhak untuk mengecualikan dan / atau membatalkan kelayakan peserta yang didapati memalsukan maklumat diri semasa pendaftaran atau melanggar syarat dan peraturan pertandingan.
  • Semua peserta adalah bertanding atas kapasiti individu (bukan secara berkumpulan), walaupun mewakili sekolah / institusi pengajian / organisasi yang sama.
  • Pertandingan Kuiz ASEAN 2022 Secara Dalam Talian (Online) adalah free download quiz dan akan berlangsung selama 30 hari iaitu mulai 1 hingga 30 Jun 2022 dalam tiga tahap iaitu:
    • Tahap 1 (Level 1): Tiada had jumlah percubaan
    • Tahap 2 (Level 2): Tiada had jumlah percubaan
    • Tahap 3 (Level 3): Tiga (3) kali had percubaan bagi setiap peserta
  • Hanya peserta-peserta yang telah melengkapkan 3 Tahap pertandingan (Tahap 1 hingga 3) sahaja yang layak dipertimbangkan untuk pemilihan pemenang.
  • Lima belas (15) peserta terbaik bagi Kategori Murid Sekolah yang berjaya menamatkan Tahap 3 (Level 3) akan bertanding dalam live quiz (final) secara dalam talian bagi menentukan senarai pemenang.
  • Tiga (3) pemenang utama dalam Kategori Murid Sekolah berumur 15 hingga 17 tahun akan mewakili Malaysia ke ASEAN Quiz Regional Level di Myanmar.
  • Pemilihan pemenang Kategori Terbuka adalah berdasarkan kepada kejayaan peserta menamatkan Tahap 3 (Level 3) dengan markah yang tertinggi. Kepantasan masa menjawab soalan akan diambil kira sekiranya terdapat persamaan markah.
  • Maklumat lanjut pemenang adalah melalui laman web jabatan iaitu www.penerangan.gov.my dan laman facebook, IRDivision & ASEAN Quiz Malaysia pada Ogos 2022.
  • Senarai pemenang dan keputusan Panel Hakim yang dilantik oleh penganjur adalah MUKTAMAD.
  • Semua data peribadi peserta yang dikumpulkan dan disimpan oleh Jabatan Penerangan Malaysia adalah bukan untuk tujuan ‘transaksi komersial’ dan hanya diguna pakai bagi tujuan Kuiz ASEAN dan tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).

PENAFIAN

1. Dengan menyertai Pertandingan Kuiz ASEAN 2022, peserta adalah bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

2. Pihak Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) mempunyai kuasa mutlak dan berhak untuk meminda terma serta syarat pertandingan ini pada bila-bila masa sekiranya difikirkan patut dan perlu.

3. Pihak Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) berhak membuat keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan kuiz.

CARA-CARA PENYERTAAN

  1. Layari www.penerangan.gov.my/ untuk maklumat lanjut dan pendaftaran. Pendaftaran dan kuiz hanya akan bermula pada 1 Jun 2022.
  2. Selepas pendaftaran berjaya, peserta boleh mengakses aplikasi Kuiz ASEAN 2022.
  3. Peserta boleh terus menjawab soalan pada bila-bila masa dan di mana sahaja berada dalam tempoh kuiz berlangsung iaitu 1 - 30 Jun 2022.
  4. Peserta perlu melalui TIGA (3) tahap iaitu Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3 yang diperincikan seperti berikut :

Tahap 1

  • 30 soalan - keseluruhan.
  • 10 soalan aneka pilihan & 20 soalan betul/salah.
  • Tempoh masa 30 minit.
  • Minimum 20 soalan perlu dijawab dengan betul bagi meneruskan ke Tahap 2.
  • Tiada had percubaan bagi peserta untuk mencuba memperbaiki kedudukan markah bagi membolehkan mara ke Tahap 2.
  • Peserta layak mencetak Sijil Penyertaan Tahap 1 selepas berjaya mendapat menjawab 20 soalan (minimum) dengan betul.

Tahap 2

  • 30 soalan - keseluruhan.
  • 20 soalan aneka pilihan & 10 soalan betul/salah.
  • Tempoh masa 30 minit.
  • Minimum 25 soalan perlu dijawab dengan betul bagi meneruskan ke Tahap 3.
  • Tiada had percubaan untuk peserta memperbaiki kedudukan markah bagi membolehkan mara ke Tahap 3.
  • Peserta layak mencetak Sijil Penyertaan Tahap 2 selepas berjaya melepasi tahap ini.

Tahap 3

  • 30 soalan objektif berbentuk aneka pilihan
  • Tempoh masa 30 minit.
  • Hanya tiga (3) kali percubaan dibenarkan dan pemenang dipilih berdasarkan MARKAH TERTINGGI dan MASA TERPANTAS di tahap ini
  • Kategori Terbuka: Pemilihan pemenang berdasarkan MARKAH TERTINGGI di Tahap ini. KEPANTASAN MASA menjawab soalan akan diambil kira sekiranya terdapat persamaan markah.
  • Kategori Murid Sekolah: 15 peserta yang menamatkan Tahap 3 dengan MARKAH TERTINGGI akan bertanding dalam live quiz (final) secara dalam talian bagi mementukan pemenang.

2 jenis Sijil Penyertaan:

  • Cemerlang: Menjawab 25 hingga 30 soalan dengan betul
  • Lulus: Menjawab MINIMUM 20 soalan, hingga 24 soalan dengan betul

HADIAH

Kategori Murid Sekolah
(15-17 Tahun)

JOHAN RM2,500.00

NAIB JOHAN RM1,500.00

TEMPAT KETIGA RM1,000.00

KE-4 & KE-5 RM750.00

10 HADIAH SAGUHATI RM300.00

Kategori Terbuka
(18 Tahun dan ke atas)

JOHAN RM2,500.00

NAIB JOHAN RM1,500.00

TEMPAT KETIGA RM1,000.00

KE-4 & KE-5 RM750.00

10 HADIAH SAGUHATI RM300.00

Kuiz ASEAN 2022 Peringkat Kebangsaan